Monday, April 19, 2010

Al-Fatihah....

"wani...sekali wani jadi anak MAK, sampai bila2 wani anak MAK"

Tulah kata2 yang terngiang2 di telinga ku smpai hari ni...MAK dh xde..Tanggal 17 April 2010..orang yang aku panggil MAK telah pergi mengadapNYA..Secara tiba2..aku tidak bersedia..aku terkilan...sangat...

Bila aku ingat kembali sekitar Februari 2005...waktu itu aku masih lagi menuntut di UiTM Pahang. Aku dan MAK diperkenalkan dalam sebuah program anak angkat bagi students2 TESL membantu anak2 felda di Felda Selendang, Rompin. Walaupun hanya 2 hari di sana tapi keakraban aku n famili abah Jasni sgt erat. Tidak pernah aku terlintas untuk melupakan keluarga itu.

Sekian lama masa berlalu..aku masih lagi berhubung dengan adik2 ku di sana..namun, jarang sekali aku menelefon..bukan kerana kesibukkan belajar..bukan kerana tiada masa...bukan kerana aku lupa...tapi kerana aku tidak tahu melihat sinar kasih sayang yang ada dalam mata MAK..saban hari MAK sentiasa mengingati aku...betapa dia sentiasa menyuarakan kegembiraan memiliki seorang anak angkat yang mampu memberi teladan untuk adik2...kata MAK, akulah anak angkatnya yg pertama dan terakhir.

Kami dipertemukan lagi pada hari raya tahun lepas. MAK dan keluarga datang ke kelantan kerana ada kenduri di rumah kakaknya yang kebetulan sangat dekat dengan rumahku..MAK sangat gembira waktu itu kerana dapat bertemu aku...Aku juga merindui MAK..MAK peluk aku...seolah2 aku mmg lahir dr rahimya...MAK...insan yang begitu mulia hatinya..Hatinya tambah berbunga apabila mengetahui aku akan melansungkan perkahwinanku pada Jun tahun 2010. Dia memasang niat untuk hadir ke majlis itu kerana ini perkahwinan anaknya...aku masih ingat ukir senyum MAK waktu itu..

Tanpa sedar, dalam kesibukakan aku mengajar..membuat persediaan perkahwinan...aku lupa..lupa untuk meluangkan masa aku beberapa minit setiap minggu untuk menelefon MAK..bertanya khabar...aku bersalah sangat...sampailah 17hb 2010...adik ku memberi khabar yang MAK sudah tiada lagi di dunia ini...MAK dah pergi...Hatiku luluh...sesak..terkilan...aku xtahu mahu menangis atau tidak..sumenya bagai mimpi..MAK tidak terlantar sakit...MAK pergi begitu saja...Kata ABAH, MAK jatuh n terus pergi...

MAK....wani mintak ampun...xdapat balik untuk MAK buat kali terakhir...menurut abah,MAK gembira sangat beberapa minggu ni kerana tarikh pernikahanku sdh hampir..MAK ingin skali melihat aku berpakaian pengantin hari itu...tp...xkesampaian...

Pada sesiapa yang membaca tinta ini..ingatla..mereka sentiasa mengingati kita walaupon mereka tidak mengucapkan kata 'I miss You'...mereka menyanyangi kita walaupun tiada kata2 'I love You' setiap hari..a simple phone call will definitely make them happy..berubahlah sebelum mereka pergi...

MAK...hanya doa yang mampu wani kirimkan buat MAK di sana...semoga MAK berada di kalangan orang2 yang beriman..Al-Fatihah...(buat Allahyarhamah Halijah Said)